winners don't do different things...they do things differently

  • senior: salam. nampak tensen je. Ade colloq (test)ke?
  • little brother: salam...yup... cvs(cardiovascular system).. .tensen betul...
  • senior: ooo begitu. tak mengapa, relak-relak saja.dah cover semua topik di kelas kan, jadi tinggal revise saja
  • little brother: yup..ok jer sebenarnya... cuma takut confius...
  • senior: iya, bila banyak sangat info mudah berserabut & keliru kan
  • erm kalau macam tu, cuba la output learning.
  • sebabnya, kalau baca saja memang senang keliru & kita sendiri tak dapat menilai setakat mana kefahaman kita
  • little brother: thanks… tapi macam mana tu...?
  • senior: macam ni, sebenarnya lebih mudah kalau ada partner study, tapi seorang2 pun boleh juga
  • little brother: ok..then...
  • senior: erm kalau nak ulangkaji sesuatu topik tu, jangan buka buku dulu, tapi cuba ingat balik ape yang penting tentang topik tu, lepas tu cuba ceritakan semula topik tu pada diri sendiri/partner
  • little brother: ooo...tapi, tak makan banyak masa ke?
  • senior: tak, sebenarnya senang saja & bila-bila, kat mana-mana pun boleh buat.
  • Saya selalu cuba dalam bas, sambil masak, basuh baju, atau pun ketika mengemas rumah.he3
  • little brother: hehehe... macam best je...ok...
  • senior: bila buat macam tu, baru kita sedar apa yang kita tahu, apa yang kita tak tahu, mana yang kita ingat, mana yang dah lupa
  • kemudian, kalau ada yang tak clear/ lupa baru buka buku, rujuk balik
  • jadi cuma perlu semak apa yang kite tak clear itu saja, kan lebih mudah begitu?
  • tak perlukan banyak masa dan bagi saya, lebih berkesan
  • little brother: rasannya begitulah...hehehe...thanks...
  • saya pernah dengar ceramah motivasi….. katanya output lebih penting daripada input, mungkin inilah yang dimaksudkan oleh penceramah tu…..kan?
  • senior: mungkin juga =p selamat mencuba dan berjaya
  • little brother: ok..terima kasih banyak-banyak ya ... insyaAllah hari ni nak cuba buat…..
  • senior: ne za shto (don’t mention it)
  • little brother: erm, kalu ada teknik-teknik belajar lain, beritahu ya ……
  • senior: ada lagi ke? erm hehehe insyaAllah
  • rajin-rajin belajar ya….itqan!
  • little brother: ok..doakan saya….
Comments (View)
blog comments powered by Disqus