assalamualaikum semua…..
usai saja peperiksaan ketiga pagi tadi, saya kebosanan sendirian di rumah.sahabat-sahabat kebanyakkannya meng’qada’ tidur yang tidak cukup lantaran berhempas pulas mengulangkaji.oleh kerana saya tak punya keperluan seperti mereka (kerana jadual tidur saya jarang sekali terganggu kerana peperiksaan, atau apa-apa pun.he3), pulang saja, saya memilih untuk melayari internet (satu-satunya cara yang berkesan untuk mengelakkan mengantuk di kala kebosanan =p ). melihat-lihat facebook, dan pastinya melepaskan rindu membaca artikel di www.saifulislam.com.
akhirnya terlintas untuk menonton laskar pelangi. tidak banyak yang saya tahu mengenai filem ini pada mulanya, cuma terbaca judulnya di saifulislam.com, dan beberapa kali terdengar sahabat-sahabat serumah menyebut-nyebut tentang cerita dari seberang ini.
alhamdulillah, lebih dua jam yang diperuntukkan ternyata tidak sia-sia.sungguh sarat dengan teladan dan pengisian.lama benar rasanya tidak menemukan filem seperti ini.
beberapa kali say menitiskan air mata, terharu melihat kesungguhan cikgu muslimah dan anak-anak muridnya.mereka adalah orang-orang yang berjaya merentasi kesusahan.kepayahan mengajar mereka erti kesyukuran, yang kemas dizahirkan dengan kesungguhan mengharungi ujian mendatang. justeru saya merasa malu dan rendah diri, saya sangat jauh jika dibandingkan dengan mereka.
ya, setuju atau tidak, kita adalah orang- orang yang tewas dengan kesenangan. kesenangan yang sering membuatkan kita leka.kita jarang-jarang sekali menghargai apa yang sedia ada, dan jauh sekali untuk memanfaatkan seribu satu peluang, yang sentiasa Allah bukakan untuk kita.
kita hidup serba ada, tetapi kita sering saja menyebut-nyebut kekurangan yang sedikit itu.kita hidup serba cukup, tapi masih menuntut-nuntut perkara-perkara yang tidak perlu (eg rajin makan-makan kat luar, beli baju& kasut mahal-mahal lepas tu merungut scholar tak cukup pulak-no offence,this is just my personal opinion).
ya, manusia sering alpa di kala senang.justeru, saya kekadang terfikir, mungkin lebih baik hidup dalam kesusahan. kerana lazimnya rasa ketidakcukupan itulah yang melahirkan rasa syukur dan rendah diri.kepayahan itulah yang menjadi motivasi untuk sentiasa berusaha dengan lebih gigih. lebih mudah untuk istiqamah dalam doa dan usaha.
ya, mungkin kerana itulah rasa kehambaan menjadi asas akhlak bagi seorang Muslim. Muslim yang baik, harus sentiasa merasa tidak cukup, rendah diri dan sentiasa memerlukan Tuhannya. di masa susah, pastinya, namun tidak terkecuali juga di masa senang. dan rasa kehambaan itu, seharusnya menzahirkan usaha, untuk sentiasa memperbaiki diri dan hidup. dan usaha itu, perlu sentiasa didampingi optimis bahawa Allah itu Maha Pemurah, Maha Mengasihani- Dia tidak pernah menguji untuk menzalimi-setiap ujian adalah peluang membuka rahmatNya yang lebih luas.dan Allah juga Maha Adil- Dia setia menilai usaha kita, mengikut kemampuan kita seadanya, dan Dia pastinya Maha Penyantun- tidak akan mensia-siakan penat jerih kita, lebih- lebih lagi jika semuanya kita ikhlaskan untukNya.
menyusun kata-kata memang mudah, namun semakin menulis, saya semakin sedar yang saya tidak ada itu semua. mengimani bukanlah bait-bait kata,ia adalah apa yang kita yakini dalam hati, dan manifestasikan dalam perlakuan sehari-hari.ya, saya masih jauh dengan itu semua….
(okay….masa untuk sambung study semula….hu3)
2 years ago
assalamualaikum…
sudah lama benar rasanya saya tidak menulis. kepada sesiapa yang membaca blog ni (kalau ada =p), saya mohon maaf.terima kasih kerana masih sudi berkunjung. (ai kenapa bahasa skema sangat ni.pelik la pulak.he3)
mungkin kebelakangan ni saya banyak berfikir, ada beberapa perkara yang dirisaukan dan bermain-main dalam minda. asyik berfikir, tak banyak berkerja, tak bagus juga kan.tapi kalau asyik bekerja saja tanpa merancang, hujungnya tak jadi juga. Begin with end in mind, kata orang.(ayat cover, bagi tak rasa bersalah sangat =p)
alhamdulillah, ada dua tiga perkara yang dah selesai;
-elective sahabat-sahabat tahun tiga di Husm. (tapi elective sendiri di hospital putrajaya masih tak confirm lagi-mudah-mudahan dipermudahkan)
-exam Russian language & Internal Medicine.alhamdulilllah, semuanya dipermudahkan. harap dapatla dimanfaatkan untuk elective nanti (& dapat teruskan berkongsi ilmu dengan juniors tahun hadapan, dan untuk treat patient nanti, insyaAllah). 3 lagi menunggu- Traumatology&Orthopaedics, Surgery & Infectious diseases. mohon didoakan.
selebihnya, yang masih belum pasti jadinya, insyaAllah akan saya kongsikan kemudian. jumpa lagiya…
(kejap.apa motif post ni sebenarnya? he3 )
2 years agoI’m not doing this for spree
don’t you see
It’s a struggle for dignity
so here i am, begging for your empathy
please, have mercy on me
& let me be free,
far from
Loneliness & dread that haunt
Through the days that count
assalamualaikum….
recently i’m listening to this. really enjoy the calming melody & lyrics
3 years agocurrently planning for my (last) summer holiday ^_*
3 years ago